atulhani
31 Disember 2009
Kami bertolak dari rumah pukul 4 pagi, bajet untuk sampai Bukit Kayu Hitam dalam 9-10 pagi. Sampai di Changlun, kami sarapan dan sediakan dokumen yang perlu untuk bawa masuk kereta ke Thailand. Masa tu jugalah isi minyak kasi penuh semula. Sebab kat Thailand minyak mahal.

Alhamdulillah, takde masalah untuk lepas border Thailand. Dalam pukul 10-11 pagi, saya dah menjejakkan kaki di sana. Yehaa.. First yang saya notice di sana, tiang dan wayar letriknya begitu berserabut haha.

Kami teruskan perjalanan ke Songkhla, lebih kurang sejam dari Sadao (border Malaysia-Thailand). Kat sana, kami dapat hotel Royal Crown, cuma lebih kurang RM50 untuk satu malam. Memang murah beb sebab ada aircond, tv dan semua-semua lah.

Hari tu kami cuma rehat-rehat, pergi makan-makan, tengok bunga api New Year from tingkap hotel dan rancang perjalanan untuk esok hari. Mulanya memang kami plan nak pergi Koh Samui tapi Hubby tiba-tiba ajak ke Krabi (lebih dekat dan tak perlu naik feri).








1 Januari 2010
Alhamdulillah, nak cari makanan Islam kat sini tak susah pun. Ada perkampungan Islam di mana ada pasar dan kedai-kedai makan kat hujung Samila Beach. Landmarknya, cari aje la masjid.

Lepas sarapan di situ, pergi singgah Samila Beach jap sebab nak bergambar kat Mermaid Statue. Pastu kami terus bergerak ke Krabi.

Dari Songkhla ke Krabi, ada la dalam 3-4 jam, lebih kurang 300KM gak la. Highway kat Thailand pun kira ok tapi kami drive penuh berhemah ler. Ye la kat negara orang kan. Lagipun, cara pemanduan orang Thailand lain. Suka hati je kalau diorang nak potong.

First time isi minyak di Thailand, tak sampai full tank pun dah RM87. Huhu. Minyak kat sana masa tu dalam RM3.60 seliter, kira dua kali ganda kat Malaysia ar.

Kami sampai Krabi dalam pukul 3 petang. Time ni la baru terasa sangat happening dan pening tengok manusia yang begitu ramai kat Aonang Beach. Sampai jem jalannya. Saya mula risau kalau-kalau tak dapat hotel. Mau kena tidur dalam keta kang.

Lepas tanya beberapa hotel, nampaknya semua fully booked atau kalau ada pun, sangat mahal. Nasibaik kami dapat gak bilik kat Banyan Tree, cuma RM120 satu malam. Best la kat tepi pantai.

Saya memang excited betul, mula pasang angan-angan nak pergi snorkerling dan swimming di Phi-phi Island pada hari Ahad nanti. Hubby pulak, dok plan nak pergi shooting range. Memang terbaik lah.




2 - 3 Januari 2010
Lupakan angan-angan semalam. Hubby demam panas. Betul-betul demam nih. Kemudian, saya pula menyusul. Sedih memang la sedih. Disaster betul pergi honeymoon jauh-jauh pastu demam. Haha.

Nak buat macamana, bukan rezeki kami untuk mandi laut. Masa dua hari ni hanya tidur dan jalan-jalan tengok kemeriahan Aonang Beach.

Kat Aonang Beach ni suasananya lebih kurang macam kat Pantai Cenang la kot, tapi lagi meriah ler. Banyak tempat makan dan kedai souvenir.

4 Januari 2010
Ikut hati, saya nak gak gi island hopping hari ni tetapi kami kena bergerak balik. Takkan nak tambah satu hari lagi di Krabi pulak. Jadi hari ni, kami ke Hat Yai pula sebelum balik ke Malaysia esok hari.

Berbanding Songkhla, bandar Hat Yai crowded sedikit la. Malam tu kami habiskan masa ronda bandar Hat Yai dua tiga kali cari Hamid Restaurant dan Salma Restaurant.



5 Januari 2010
Pagi tu, pergi jalan-jalan kat Hat Yai dulu. Memang jalan kaki je dari hotel, hujan renyai-renyai pulak tu. Dapat la beli t-shirt thailand barang sehelai dua kat Hat Yai.

Dalam tengahari kami tinggalkan Hat Yai dan balik ke Sadao. Masuk Malaysia semula dah pukul 4.30 petang.

Hari-hari kat Thailand dok makan tomyam sampai boring. Sampai-sampai R&R Gurun, terus pekena kari pula hehehe. Kami selamat sampai rumah dekat kul 12 malam gak ler.



...
Tunggu.. Saya pasti akan datang semula ke Krabi untuk balas dendam. Haha. Apa yang best road trip macam ni, dapat tengok negara orang luas sket la. Lagipun tak pening-pening fikir nak cari transport lain dan ikut jadual orang. We have our own sweet time together..
Labels: edit post
11 Responses
  1. jetsetter Says:

    U know what atul??We are planning it too!! Tunggguuuuuuu


  2. atulhani Says:

    jetsetter: wow... bagus2.. tp fadd dah ada kazim mcm susah sket la nk bergerak.. (kot) hehe. btw.. u punya hometown tu kat mana?


  3. Ananz Says:

    wahh besnyaa.. jauh perjalanan tu... kalo anan nak pegi Thailand tu kira ok la dekat jer sempadan dari umah anan... hurm, lum planning lagi mau pegi mana...


  4. klu g hat yai,aku tk cari tomyam.tp lidah masak merah.pergh..meleleh siut. ko tangkap gmbr kat mermaid bogel tu ek?mn gmbr?hahaha


  5. Cinda... Says:

    one word - penatnye
    other phrase - kalo bersame org tersyang.. musti tak terasa penatnye kan...


  6. ila semut Says:

    alahaii siannyeh hanimun demam..uhh demam sbb..............keh? [hanye org yg dah kawen je bleh bace, yg tak kawen, sila ignore]..keh keh..uihh gile jauh perjalanan korang ni..tp tu laa kan linda, kalo bersama yg tersayang, takkan rase penat...rase ati berbunge2 riang je kan kan?..


  7. c'yam Says:

    wah..bestnyer..so sweet..myvi mmg best!;)


  8. Drama Mama Says:

    ala bestnya gi honeymoon!!!


  9. atulhani Says:

    ananz: Thailand blah atas kelantan tuh mcm tak berani je nak pergi..huhu. Takpe anan, honeymoon dlm m'sia pun best gak.
    diyana: aku puas posing kat mermaid statue tu. haha. tp kat kamera hubby ler, takde pic sini.
    cinda: bersama orang tersayang, tak rasa penat pun chewaaahh hehe
    ila: haha poyo.. ko pk ape ila.. dah nk demam nk wat camna. Actually 1 family kat shahalam demam..
    c'yam: berbangga jadi driver myvi gak tuh..
    drama mama: u pergi la honeymoon lagik


  10. mancet Says:

    tak dptla aku nk cuba mcm ni..kene bawk lori baru bleh..basil nk lompat2 susah wakakkakaka
    ..caravan takde plak kt msia ni kan..eceeee,,mcm byk duit nk sewa caravan kakakkaa
    pape pon atul.aku harp2 myvi oren ko tak lusuh color die..:P


  11. atulhani Says:

    mancet: ko naik flight je laa.. hehehe.. myvi ku kalo lusuh color dia - ada alasan nak cat color lain hahahha